09 Disember 2009

Lupa & Lalai

Lupa dan lalai boleh membawa kepada implikasi yang buruk. Lalai dan lupa boleh menyebabkan seseorang terlanjur melakukan kemungkaran, kerana ia lupa yang perbuatannya itu diperhatikan oleh Allah s.w.t. Selain itu juga jika seseorang melupakan Allah, Allah akan melupakannya. Amat malang sekali, jika dirinya dilupakan oleh Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Harsy ayat 19:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Orang yang beriman, amat peka dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka sentiasa mengingati Allah dalam setiap gerak kerjanya. Justeru, itulah golonga ahli khawas iaitu golonga yang tinggi martabat keimanannya, bertaubat kepada Allah s.w.t. bukan kerana dosanya, tetapi kerana mungkin berlaku detik-detik kelainannya dalam mengingati Allah.

Mereka juga bertaubat sebagai tanda bersyukur di atas nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Ini berbeza dengan orang awam, mereka bertaubat kerana melakukan dosa. Bahkan kadang-kadang sudah melakukan dosa pun tidak terfikir untuk bertaubat, sebaliknya terus mengulangi dosa dan kadang-kadang ada berbangga-bangga dengan perbuatan dosanya.

Pandangan orang beriman amat berbeza dengan pandangan orang yang tidak beriman. Pandangan orang beriman dipandu oleh cahaya hidayah. Oleh itu mereka bersa kasihan melihat keadaan orang yang tidak beriman, yang tertipu oleh dirinya sendiri dan jauh daripada hidayah Allah s.w.t. Pandangan mereka banyak didorong oleh runtunan nafsu amarah serta bisikan dan tipu daya syaitan. Mata hatinya buta, anggota dan pancaindera menjadi alat bagi memuaskan segala keinginannya. Bagi orang yang tidak beriman pula, pandangannya terbalik, mereka berasa pelik dan hairan melihat sikap orang yang beriman serta menyifatkan sebagai jahil dan rugi. Sedang pada hakikatnya, merekalah yang jahil dan merekalah yang rugi. Firman Allah s.w.t :


Maksudnya: adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian kami menghidupkannya semula (dengan hidayah), lalu kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia (adakah orang yang demikian keaadannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap gelita (kufur), yang tidak dapat keluar samasekali daripadanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik ape yang mereka kerjakan.

Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, marilah kita berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita, menyiram dan membaca melalui amal soleh yang merangkumi ibadat umum dan ibadat khusus. Dalam ibadat umum dengan menerapkan konsep ikhsan dalam kerja-kerja harian kita, iaitu meyakini sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa melihat ape yang kita lakukan walaupun kita tidak melihatnya. Selain itu bersikap ikhlas dan jujur serta bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja ia juga berusaha untuk melakukan penambah baikkan yang berterusan. Begitu juga dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadat khusus. Dengan membiasakan yang sunnah, akan dapat memelihara yang wajib. Dengan meninggalkan yang makruh akan dapat menghindari yang haram. Dari segi makan minum pula bikan sahaja ia memastikan yang halal tetapi baik, yakni berkahsiat. Falsafahnya bukan hidup untuk makan, tetapi makan untuk menjaga kesihatan supaya dapat berbakti kepada Allah s.w.t. Kerana dari makan minumlah punca segala penyakit, sama ada penyakit jasmani atau rohani.

Sebagai manusia biasa, kita selalu mudah untuk membuat rawatan penyakit jasmani, tetapi bagaimana dengan usaha mengesan dan merawat penyakit rohani kalau kita sentiasa dilalaikan dengan kesibukkan bekerja, keseronokkan bersukan dan keasyikkan berhibur? Hanya iman sahajalah yang dapat memandu dan menentukan jalan yang benar. Anak kuncinya ialah ilmu, maka sekurang-kurangnya hadirilah majlis-majlis ilmu dan belajarlah secara berguru dengan guru-guru yang dimaklumi. Tepuklah dada dan tanyalah iman kita.

Dalam kesempatan ini marilah kita sama-sama menilai diri kita, sama ada kita benar-benar memahami tentang aqidah dan hakikat tuntutan iman. Ditahap mana kedudukan iman kita, kuat atau lemah, tinggi atau rendah. Adakah tindakan-tindakan kita selari dengan dorongan dan tuntutan keimanan yang sebenar?

25 November 2009

Kelebihan Aidil Adha

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”
Riwayat Muslim dan Aisyah r.a

a) Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib mengerjakan haji di Mekah.
b) Ibadat haji merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk “menghampiri Allah S.W.T” yang juga disebut sebagai menyahut panggilan “Baitullah” atau menjadi “tetamu Allah” di mana ibadat ini perlu dikerjakan dengan penuh ketelusan, keikhlasan dan keinsafan serta tidak terpesong dari tujuannya yang sebenar.
c) Matlamat akhir yang diharapkan daripada kerja-kerja haji ialah untuk memperoleh dan mendapat haji yang mabrur, amalan yang banyak dan berkat serta dosa-dosa diampunkan. Apabila kembali dari tanah suci seseorang individu itu diharapkan benar-benar telah berubah, bersih, suci seperti sucinya diri semasa dilahirkan.
d) Di antara amalan yang dilaksanakan dalam ibadah haji ialah:
1) Bertawaf di sekeliling Kaabah sebagai menghormati Masjidil Haram dan jika berpeluang disunatkan untuk mencium Hajar Aswad .
2) Wukuf di Padang Arafah sebagai mengingatkan diri tentang satu perhimpunan raksasa di Padang Mahsyar di Hari Kiamat kelak.
e) Bagi orang Islam yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji, mereka sebenarnya masih berpeluang untuk sama-sama mengaut pahala yang besar sempena hari Arafah tersebut di mana mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari wukuf di Arafah itu kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa sunat pada hari Arafah iaitu setahun sebelum dan setahun selepas melaksanakan puasa sunat tersebut.

23 Oktober 2009

Hikmat Ayat Al-Kursi

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap-tiap solat fardu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

13 Oktober 2009

Undangan & Jamuan

1. Keutamaan Memberi Jamuan

Rasulullah s.a.w. bersabda yang beerti:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamunya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Pernah juga Rasulullah s.a.w ditanya: “Apakah keimanan itu?” Baginda s.a.w. menjawab: “Iaitu memberikan makanan serta memberi salam.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

2. Undangan

Ada beberapa perkara yang berhubung dengan undangan, maka perhatikanlah perkara-perkara di bawah ini:

Pertama: Sebaiknya orang yang mengundang itu mengutamakan orang-orang yang bertaqwa, bukan orang-orang yang fasik. Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya:
“Berikanlah makananmu kepada orang-orang yang bertakwa.” (Diriwatkan oleh Abu Daud)

Kedua: Dalam memberikan undangan itu janganlah mengkhususkan orang-orang yang kaya sahaja, tetapi hendaklah menyertakan orang-orang fakir miskin. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang beerti:
“Seburuk-buruk makanan ialah walimah yang diundang orang-orang yang kaya dan ditinggalkan orang-orang fakir.” (Diriwayatkan oleh Thabrani)

Ketiga: sebaik-baiknya ialah janganlah lagi meninggalkan kaum keluarga dalam undangan itu, sebab melupakan mereka ini beerti satu penghinaan dan akan menyebabkan putusnya tali persaudaraan.

Hendaklah juga diadakan peraturan yang rapi dan penelitian yang sebaik-baiknya apabila mengundang kawan dan kenalan, sebab dengan mengkhususkan sebahagian yang lain menyebabkan rasa kesal kepada sebahagian mereka yang tidak diundang itu.

Keempat: sementara itu apabila mengadakan jamuan janganlah ada maksud hendak berbangga-bangga atau bermegah-megah, tetapi tujuan utamanya ialah merapatkan seluruh kawan, memberikan kegembiraan dalam jiwa seluruh kaum mukminin.

Kelima: sebaik-baiknya janganlah mengundang seseorang yang dianggap atau menurut kebiasaannya sukar untuk mengabulkan undangan, jika mereka datang juga, maka akan menyusahkan para hadirin yang lain-lain dengan sesuatu perkara atau sebab lain.

Oleh sebab itu hendaklah undangan itu disampaikan sahaja kepada orang-orang yang senang dan tidak keberatan untuk memenuhinya.

30 September 2009

Puasa Enam Di Bulan Syawal

  • Pastinya Ramadhan yang baru sahaja berlalu, seandainya dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan, akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa setiap individu selain menambahkan lagi ketaqwaan. Apa yang diharapkan ialah segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak itu tidak akan ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja apabila Ramadhan berlalu pergi. Antara amalan yang masih terus diamalkan setelah berlalunya bulan Ramadhan ialah puasa sunat. Puasa sunat masih terus dikerjakan oleh para Salihin di bulan Syawal. Syawal merupakan bulan kemenangan kerana merayakan kejayaan setelah berpuasa di bulan Ramadhan.

  • Memandangkan kita berada dalam bulan Syawal, maka antara puasa sunat yang khusus dikerjakan di bulan ini ialah puasa enam. Bagi mereka yang mempunyai kebiasaan berpuasa enam, ia bukan suatu perkara baru. Oleh yang demikian, jangan ada yang terlepas tanpa mengerjakan puasa enam pada Syawal kali ini. Rebutlah peluang untuk melaksanakannya kerana ia datang sekali sahaja dalam setahun.

Dalam hadits Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam daripada Abu Ayyub al-Anshari r.a:

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan,

kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal,

(puasanya di bulan Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal itu)

seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadits riwayat Muslim)

16 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDILFITRI

12 September 2009

Lailatul Qadar Mengganda Pahala

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar. Malam lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dari setiap perkara. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar” (Surah Al-Qadr).

Malam Lailatul Qadar disebut didalam ayat Al-Quran dan banyak Hadis Rasulullah saw. Beribadah pada malam itu lebih baik dari beribadah 1000 bulan atau 83 tahun, menyamai umur panjang seorang insan. Beribadah pada malam adalah tersebut termasuk solat, tilawah Al-Quran, istighfar, berzikir dan sebagainya seperti ibadah di dalam Qiyamullail pada malam-malam yang lain.

Berikut adalah Hadis-hadis Sahih riwayat Iman Al-Bukhari mengenai Malam Lailatul Qadar.
Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang mendirikan solat malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.

Beberapa orang Sahabat diperlihatkan malam lailatul Qadar didalam mimpi pada Tujuh Malam Terakhir. Lalu Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Aku lihat mimpi kamu kena pada Tujuh Malam Terakhir, maka sesiapa yang mencarinya, carilah pada Tujuh Malam Terakhir”.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Aku diperlihatkan Malam Lailatul Qadar kemudian aku lupa – atau dilupakan – maka carilah ia pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir. Sesungguhnya aku melihat aku sujud di dalam air dan tanah. Sesiapa yang telah beriktikaf bersama aku (di pertengahan Ramadan) maka datanglah semula (untuk beriktikaf di Akhir Ramadan)”.
Para Sahabat ra berkata, “Lalu kami kembali (beriktikaf) dan kami melihat Qaza’ah di langit, datang awan dan turun hujan hingga basah bumbung Masjid yang diperbuat dari pelepah kurma. Solat pun didirikan dan aku melihat Rasulullah saw sujud di dalam air dan tanah, hingga aku lihat kesan tanah di dahinya”.

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil dari Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan”… dari Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Carilah malam Lailatul Qadar pada Malam Ke 24″.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw apabila masuk Sepuluh Malam Terakhir, Baginda saw mengikat ketat pakaiannya, menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan membangunkan isteri-isteri dan ahli keluarganya”.

Mengenai Iktikaf pulan, saya perturunkan Hadis-hadis Sahih riwayat Al-Bukhari mengenainya di bawah ini :

Dari Abdullah bin Omar ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan”.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian selepas itu, isteri-isterinya pula beriktikaf”.

09 September 2009

ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  • WAKTU WAJIB

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

  • WAKTU YANG PALING AFDHAL

Sebelum sembahyang Hari Raya

  • WAKTU SUNAT

Sepanjang bulan Ramadhan

  • WAKTU MAKRUH

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

  • WAKTU HARAM

Selepas terbenam matahari satu Syawal


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat

dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat".

Surah An-Nur (ayat 56)

03 September 2009

NUZUL AL-QURAN

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, umat islam secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan puasa Ramadhan).

CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN

Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:

  • Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: "Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)

  • Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.

  • Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".

  • Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".

KANDUNGAN (ISI) AL-QURAN


Sudah dimaklumi oleh kaum muslimin bahawa Al-Quran terdiri daripada 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat seluruhnya adalah 6236 ayat (4613 ayat Makkiyah dan 1623 ayat Madaniyah).

Isi ajaran yang tercantum pada Al-Quran sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu:

  • Merupakan cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya),

  • Peraturan masa kini (tatkala Al-Quran diturunkan) dan

  • Peraturan untuk masa hadapan (sejak masa Rasullullah saw, masa kini dan seterusnya hari kiamat).
Secara keseluruhannya, Al-Quran berisikan peraturan hukum berkaitan dengan masalah aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum dan sebagainya.


HIKMAH DITURUNKAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR


Al Quran diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Hikmah Al Quran diturunkan secara beransur - ansur adalah:
  • Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.
  • Di antara ayat - ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)

  • Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

  • Memudahkan penghafalan. Orang - orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah (25) Al Furqaan ayat (32) iaitu: "……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?" Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri: "….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".

  • Di antara ayat - ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Quran diturunkan sekaligus.
AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT-AYAT MADANIYYAH
  • Berdasarkan kepada tempoh waktu turunnya Al-Quran, ayat-ayat Al-Quran dibahagikan kepada 2 jenis:
  • Ayat-ayat Makkiyah : Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah atau sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah
  • Ayat-ayat Madaniyyah : Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau sesudah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah.
Perbezaan ayat - ayat Makaniyyah dengan ayat - ayat Madaniyyah ialah:
  • Ayat - ayat Makaniyyah pada umumnya pendek-pendek sedangkan ayat-ayat Madaniyyah panjang - panjang, surah Madaniyyah yang merupakan 11/30 dari isi Al Quran ayat-ayatnya berjumlah 1456, sedangkan surah Makaniyyah yang merupakan 19/30 dari isi Al Quran jumlah ayat - ayatnya ialah 4780 ayat. Juz 28 keseluruhannya merupakan ayat Madaniyyah kecuali surah (60) Mumtahinah, ayat - ayatnya berjumlah 137, manakala juz 29 ialah ayat Makaniyyah kecuali surah (76) Ad-Dahr ayat - ayatnya berjumlah 431. Surah Al-Anfaal dan surah Al-Syu'araa masing - masing merupakan setengah juz tetapi yang pertama ayat Madaniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedangkan yang kedua ayat Makaniyyah dengan ayatnya berjumlah 227.

  • Dalam surah - surah Madaniyyah terdapat perkataan "ya ayyuhalladzina aamanu" dan hanya sedikit sekali terdapat perkataan "yaa ayyuhannaas", sedangkan dalam surah Makiyyah pula adalah sebaliknya.

  • Ayat - ayat Makaniyyah pada umumnya mengandungi hal - hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah - kisah umat yang terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti, manakala ayat - ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum - hukum, baik yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum - hukum duniawi, seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum internasional, hukum antara agama dan lain-lain.


Petikan dari al-azim.com

25 Ogos 2009

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Ketika bulan sya'ban akan berakhir dan Ramadhan segera menjelang, Rasulullah saw memberikan bekalan ruhani kepada para sahabat mengenai bulan suci Ramadhan.
Rasulullah menganjurkan kepada para shahabat untuk memperbanyak melakukan amal ibadah kerana ibadah pada bulan Ramadhan nilai pahalanya akan dilipat gandakan hingga 700 kali lipat atau lebih, Rasulullah juga menganjurkan sekali untuk memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut. Para sahabat bertanya : Ya, rasulullah saya tidak mempunyai apa-apa yang berharga untuk diberikan kepada orang yang berpuasa. Rasulullah menjawab : Sediakanlah apapun yang kau punya walaupun hanya sepotong kurma, seteguk air ataupun segelas susu.
Keistimewaan-keistimewaan lain yang dapat kita peroleh pada bulan Ramadhan adalah:
  • i. Ramadhan merupakan bulan yang permulaannya penuh rahmat, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirnya penuh dengan kebebasan dari api neraka.
  • ii. Allah akan mengampuni dosa-dosa yang terdahulu bagi orang-orang yang melakukan puasa semata-mata kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah.
  • iii. Terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka.
  • iv. Ibadah wajib yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan nilai pahalanya, dan bila melakukan ibadah sunnah pahalanya sama dengan ibadah wajib.
  • v. Di dalam bulan Ramadhan tersebut ada satu malam yang dinamakan malam lailatul qadar yang barangsiapa beribadah pada malam tersebut nilai pahalanya lebih dari beribadah selama 1000 bulan.

19 Ogos 2009

Menjelang Ramadhan

RAMADHAN HAMPIR TIBA, APA PERSIAPAN KITA?
Marhaban ya Ramadhan ....... Welcome Ramadhan .......
"Ya Allah berikan kepada kami barakah pada
bulan Rejab, Sya'ban dan berikanlah kami kesempatan untuk berjumpa kembali dengan RamadhanMu yang suci...
kabulkanlah ya Allah..."
Ungkapan di atas merupakan untaian doa yang dilantunkan oleh para sahabat enam bulan sebelum orang-orang yang di cintai Allah tersebut bertemu dengan bulan Ramadhan. Boleh kita bayangkan betapa berharga dan istimewanya Ramadhan bagi mereka sehingga kedatangannya sangat dinanti-nanti dan dirindukan, hingga Rasulullah menyatakan: "Sekiranya ummatku mengetahui akan kandungan yang dibawa bulan Ramadhan, maka semuanya akan berharap agar sepanjang tahun berisi hanya bulan Ramadhan".
Bagaimana dengan kita, apakah Ramadhan merupakan satu perkara yang istimewa di hati kita?
Sebelum memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan diantaranya:
  1. Berdoa kepada Allah agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Juga memohon kepadaNya supaya memberikan kekuatan untuk melaksanakan shaum, qiyamullail dan amal sholeh lainnya didalam bulan tersebut.
  2. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari dosa dan perbuatan maksiat. Jangan sampai mengotori bulan Ramadhan dan puasa dengan berbagai kemaksiatan dan dosa. Tidak seharusnya seseorang yang melakukan puasa Ramadhan berbuka dengan makanan dari hasil riba, wang rasuah dan penghasilan-penghasilan haram lainnya. Tidak patut seseorang yang menjalankan puasa disatu sisi namun disisi lainnya ia meninggalkan sholat lima waktu yang merupakan rukun Islam kedua. Demikian pula mereka yang pada siang hari menahan lapar dan dahaga namun malam harinya tenggelam bersama dentuman musik, asap rokok dan minuman beralkohol. Untuk mengantisipasi semua itu maka jauh-jauh sebelum memasuki Ramadhan setiap muslim harus segera bertaubat dan berhenti dari segala apa saja yang dapat merosak nilai-nilai kesucian bulan tersebut.
  3. Mempersiapkan diri dengan banyak beramal sholeh pada bulan Sya'ban terutama sekali puasa. Ini sangat bermanfaat untuk pembukaan dan pengantar sebelum memasuki arena yang lebih besar ( Ramadhan ). Bulan Ramadhan merupakan bulan dibukanya seluruh kebaikan dan rahmat, hanya mereka yang memiliki kesungguhan, daya tahan dan semangat tinggi yang mampu menuai pahala sebanyak-banyaknya. Berpuasa di bulan Sya'ban ini dicontohkan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam.
  4. Berusaha untuk tafaqquh ( memahami ) hukum-hukum berkaitan dengan shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, pembatal-pembatalnya. Demikian pula kewajipan-kewajipan, larangan, sunnah-sunnah dan yang dibolehkan dalam puasa. Juga tentang amalan lain yang berkaitan dengan bulan Ramadhan seperti qiyamullail, zakat fitrah dan perilaku Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan diri dan keluarganya ketika bulan Ramadhan.
  5. Mempersiapkan acara-acara ( kegiatan ) dalam mengisi bulan Ramadhan. Diantara kegiatan yang perlu ditekankan adalah qira'atul Qur'an, mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, acara buka puasa bersama, umrah Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh yang lain secara umum.

Sebelum memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan diantaranya:

  • i. Berdoa kepada Allah agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Juga memohon kepadaNya supaya memberikan kekuatan untuk melaksanakan shaum, qiyamullail dan amal sholeh lainnya didalam bulan tersebut.
  • ii. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari dosa dan perbuatan maksiat. Jangan sampai mengotori bulan Ramadhan dan puasa dengan berbagai kemaksiatan dan dosa. Tidak seharusnya seseorang yang melakukan puasa Ramadhan berbuka dengan makanan dari hasil riba, wang rasuah dan penghasilan-penghasilan haram lainnya. Tidak patut seseorang yang menjalankan puasa disatu sisi namun disisi lainnya ia meninggalkan sholat lima waktu yang merupakan rukun Islam kedua. Demikian pula mereka yang pada siang hari menahan lapar dan dahaga namun malam harinya tenggelam bersama dentuman musik, asap rokok dan minuman beralkohol. Untuk mengantisipasi semua itu maka jauh-jauh sebelum memasuki Ramadhan setiap muslim harus segera bertaubat dan berhenti dari segala apa saja yang dapat merosak nilai-nilai kesucian bulan tersebut.
  • iii. Mempersiapkan diri dengan banyak beramal sholeh pada bulan Sya'ban terutama sekali puasa. Ini sangat bermanfaat untuk pembukaan dan pengantar sebelum memasuki arena yang lebih besar ( Ramadhan ). Bulan Ramadhan merupakan bulan dibukanya seluruh kebaikan dan rahmat, hanya mereka yang memiliki kesungguhan, daya tahan dan semangat tinggi yang mampu menuai pahala sebanyak-banyaknya. Berpuasa di bulan Sya'ban ini dicontohkan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam.
  • iv. Berusaha untuk tafaqquh ( memahami ) hukum-hukum berkaitan dengan shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, pembatal-pembatalnya. Demikian pula kewajipan-kewajipan, larangan, sunnah-sunnah dan yang dibolehkan dalam puasa. Juga tentang amalan lain yang berkaitan dengan bulan Ramadhan seperti qiyamullail, zakat fitrah dan perilaku Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan diri dan keluarganya ketika bulan Ramadhan.
  • v. Mempersiapkan acara-acara ( kegiatan ) dalam mengisi bulan Ramadhan. Diantara kegiatan yang perlu ditekankan adalah qira'atul Qur'an, mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, acara buka puasa bersama, umrah Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh yang lain secara umum.

Beberapa Petunjuk Berkenaan dengan Puasa Ramadhan:
  • Seseorang yang dalam keadaan junub tetap harus berniat puasa, meskipun ia mandi janabah setelah terbit fajar ( Shubuh ).
  • Wanita yang suci dari haidh sebelum fajar tiba ( bulan Ramadhan ), maka wajib berpuasa walaupun ia mandi besar setelah terbit fajar.
  • Seseorang yang sedang berpuasa dibolehkan mencabut gigi, mengouati luka atau menggunakan obat titisan mata/telinga ( eye / ear dtrops ).
  • Diperbolehkan bagi yang sedang berpuasa untuk menggosok gigi baik diwaktu pagi mahupun siang hari, bahkan itu termasuk sunnah nabi.
  • Untuk mengurangi rasa panas dan dahaga diperbolehkan membasahi kepala dengan air dingin.
  • Bagi penderita sesak nafas meskipun sedang berpuasa diperbolehkan menyembur mulut dengan sesuatu ( berupa udara/gas ) yang dapat melonggarkan pernafasan.
  • Orang yang sedang berpuasa diperbolehkan membasahi bibir dengan air bila terasa kering dan juga diperbolehkan berkumur-kumur namun dengan syarat tidak tertelan.
  • Disunnahkan mengakhirkan sahur ( melambat-lambatkan ) hingga menjelang fajar dan segera berbuka setelah matahari terbenam ( Maghrib ). Diutamakan berbuka dengan kurma rutab ( hampir masak ), jika tidak ada rutab dengan kurma masak, dan jika tidak ada boleh berbuka denga apa saja yang halal atau cukup dengan minum air apabila tidak menjumpai makanan.
  • Orang yang sedang berpuasa sangat dianjurkan untuk memperbanyak amalan sunnah, seperti sholat sunnah, membaca Al Qur'an, berzikir dan bersedekah.
  • Bagi yang sedang berpuasa tetap diharuskan menjaga dan mengamalkan kewajipan-kewajipan yang lain serta menjauhi perbuatan-perbuatan haram. Hendaklah ia menjaga sholat lima waktu dengan menjalankan tepat pada waktunya dan dengan berjemaah di masjid bagi kaum lelaki.
  • Hendaknya selalu menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan tercela yang dapat menghapus pahala puasa seperti: berdusta, berbuat curang, menipu, riba, berbicara yang haram dan sebagainya.

17 Ogos 2009

LUASNYA NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarumnescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:'

Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aunsedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempatorang- orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

'Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda:

'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:



  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000daerah


  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


  4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


  5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


  6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


  9. Di dalam mulut setiap ular yangpanjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.


  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


  11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikatMudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,RasulullahS. A.W bersabda:'

Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?

'Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-



  1. Para Nabi


  2. ParaAhli Jihad


  3. Para Alim Ulama


  4. ParaSyuhada


  5. Para Penghafal al QURAN


  6. Imam atau Pemimpin yang Adil


  7. Tukang Azan


  8. Wanita yang mati kelahiran/beranak


  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya


  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka didalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. 'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud ; 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,

namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

15 Ogos 2009

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Abu Laith As-Samarqandhy berkata; 10 kebaikan terkandung di dalam sodaqah. 5 di dunia dan 5 kebaikan di Akhirat.
Lima Faedah yang diperolehi di dunia ialah;

1. Membersihkan harta.

2. Membersihkan dosa-dosa yang diperbuat oleh seseorang.

3. Menolak beranika bala dan penyakit.

4. Mengembirakan hati golongan fuqara dan Masaakin.

5. Mendatangkan barokah dan melapangkan rezki.

Lima kebaikan di akhirat ialah;

1. Mendapat naungan aryash Allah di akhirat.

2. Meringankan hisabnya.

3. Menambah berat timbangan amal kebajikan.

4. Memudahkannya menyeberangi titian.

5. Meningkatkan darjatnya di Syurga.

Demikian kelebihan dan kebaikan bersedekah. Kerana setiap apa yang kita infaq di dunia ini atas sifatnya sebagai kebaikan agama maka ianya adalah kebajikan dan pahala. Saat di dunia tentunya kita agak kurang berhajat kepada pahala.Namun apabila berkelananya seorang hamba di akhirat, saat tiada lagi teman dan taulan serta sanak saudaraa, tiada lagi pangkat dan harta serta kemegahan dunia. Maka saat itu sangatlah kerdil rasanya diri yang tidak membawa bekalan akhirat yang cukup. Tersisih jauh ia dari hamba-hamba Allah yang di dunia dahulu sentiasa mendahulukan kebajikannya ke akhirat. Sesungguhnya yang di makan dan dipakai semuanya binasa, kecuali apa yang dibelanjakannya di jalan Allah swt.

Wassalam.

14 Ogos 2009

Tazkirah Jumaat

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

12 Ogos 2009

Berusaha, Bersyukur Perlu Seiring

Tuhan tidak pernah memutuskan rezeki kepada hamba yang rajin...
=REZEKI Allah ada di mana-mana di atas muka bumi ini asal kita rajin berusaha mencarinya. Pepatah yang mengatakan 'rezeki secupak tak akan jadi segantang' sudah tidak dapat dipegang lagi kebenarannya di zaman sekarang.
-Jika kita bersungguh-sungguh berusaha mencarinya, dengan melakukan kerja yang boleh mendatangkan hasil atau upah, nescaya kita akan mendapat pendapatan lumayan. Dan tidak mustahil dari masa ke semasa hasil pendapatan itu akan bertambah dengan syarat rajin berusaha.
-Rezeki adalah nikmat Allah untuk hamba-Nya. Bagi umat Islam, kunci mendapatkan rezeki ialah dengan selalu bersyukur kepada Allah, sama ada melalui ucapan mahu pun perbuatan. Kedua-duanya harus berjalan beriringan tanpa henti. Bersyukur adalah sifat orang bertakwa.
-Nikmat Allah terlalu banyak dan tidak terhitung. Bersyukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan menunjukkan kita ingat kepada-Nya. Sesiapa yang ingat akan Allah apabila diberi nikmat, nescaya Allah akan ingat dia dengan menambahkan lagi rezeki kepadanya.
-Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam firman yang bermaksud: "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7).
-Sementara Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: "Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa ingat kepada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
-Apabila kita ingat Allah kita akan sentiasa terdorong untuk melakukan ibadah dan sekali gus menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang-Nya. Mencari rezeki halal untuk menyara keluarga juga adalah ibadah cukup mulia.
-Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada yang lebih baik bagi orang yang memakan makanan, melebihi kebaikan orang yang makan makanan daripada hasil kerja tangannya sendiri. -Sesungguhnya Nabi Daud makan daripada hasil kerja tangannya sendiri." (Hadis riwayat Bukhari)
-Suasana kehidupan yang serba canggih, mudah dan pantas seperti hari ini, kita sentiasa terdedah dengan perkara yang boleh membuatkan kita mendapat rezeki secara tidak sah (haram) atau menyalahi undang-undang.
-Banyak umat Islam terjebak dan tewas dalam hal ini. Semua berpunca kerana nipisnya iman dan takwa yang berfungsi membentuk hala tuju rezeki bagaimana ingin dicari, sama ada secara bekerja kuat (rezeki halal) atau dapatkannya secara cepat dan mudah (haram). Semuanya itu adalah sebahagian ujian Allah kepada hamba-Nya.
-Firman Allah yang bermaksud: "Ada pun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Ada pun apabila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata: Tuhanku menghinaku." (Surah al-Fajr, ayat 15-16).
-Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (daripada sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga." (Surah at-Talaaq, ayat 2-3).
-Setelah berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki halal, selebihnya umat Islam hendaklah bertawakal kepada Allah kerana rezeki berada dalam kekuasaan-Nya. Allah yang menentukan rezeki seseorang itu.
-Ibnu Qayyim mengatakan tawakal adalah setengah keimanan. Sementara setengah keimanan yang lain adalah inabah (perwakilan). Sesungguhnya agama adalah pertolongan dan ibadah, tawakal adalah pertolongan, dan inabah adalah ibadah.
Sementara bagi Syeikh Sulaiman bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab pula berpendapat bahawa suatu asas pokok yang sama berada pada setiap amal pekerjaan mahu pun ibadah, iaitu tawakal kepada Allah, pembenaran untuk mendapatkan perlindungan-Nya, dan ketergantungan hati kepada-Nya.
-Firman Allah yang bermaksud: "...Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah al-Maidah, ayat 23).
-Selain itu, di kalangan ulama berpendapat bahawa antara faktor yang menyebabkan rezeki sentiasa bertambah adalah berdoa. Berdoa dan berusaha. Berdoa semata-mata tanpa ada usaha tidak memberi makna. Rasulullah SAW juga berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada fakir (miskin) dan kekurangan rezeki.
-Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keadaan fakir, kekurangan harta dan keadaan hina. Dan kepada-Mu pula aku berlindung supaya aku tak diperkenankan berbuat zalim, dan berlindung daripada orang yang hendak menzalimiku." (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim).
-Sesungguhnya Allah tidak pernah memutuskan rezeki-Nya kepada hamba-Nya yang berusaha dan bekerja kuat mencarinya. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akan menambah rezeki hamba-Nya yang diberi rezeki tidak lupa mengucapkan syukur kepada-Nya dan membelanjakan rezeki itu ke jalan bermanfaat.
-Mereka yang diberi-Nya rezeki berlebihan hendaklah membelanjakannya di jalan Allah seperti bersedekah untuk membina surau atau masjid, membantu sekolah agama yang daif atau membantu rumah anak yatim.
-Firman Allah yang bermaksud: "...Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (Surah Saba, ayat 39).
-Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hari di waktu pagi bagi seorang hamba kecuali kedua malaikat akan turun kepadanya, kemudian salah satu malaikat itu berkata, Ya Allah, kurniakan orang yang gemar bersedekah dengan balasan kebaikan yang setimpal. Sementara malaikat yang lain berkata, Ya Allah, berikan orang yang gemar menahan hartanya (kikir) dengan kehancuran." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

07 Ogos 2009

Tazkirah Jumaat

LIMPAHAN KASIH SAYANG
DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'. Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.
Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.
Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.
Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.
Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?
Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?
Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?
Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?
Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana? Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar. Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."
Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:
Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.
Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.
Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.
Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.
Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.
Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.
Selagi kita mahu membantu dan mengasihi antara kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

06 Ogos 2009

Mukjizat BISMILLAH...

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH...

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2.. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Tutuplah Auratmu Wahai Wanita

1. Kewajipan wanita memakai tudung / menutup aurat:
Firman Allah swt bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)
Kesimpulan:
a. Para suami wajib memerintahkan isteri dan anak-anak perempuan mereka menutup aurat, iaitu seluruh tubuhnya (kecuali muka dan tapak tangan) apabila keluar rumah.
b. Menutup aurat membezakan pakaian wanita beriman dengan wanita yang tidak beriman atau bukan Islam.
c. Menutup aurat akan mengelak wanita daripada diganggu oleh lelaki yang mudah tergoda dengan wanita seksi.
2. Balasan wanita tidak memakai tudung:
Sabda Rasulullah saw maksudnya:
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Balasan wanita yang memakai pakaian seksi atau menjolok mata:
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
"Barang siapa memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah swt akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti (HR. Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah)Kepada kaum bapa, perhatikanlah pakaian isteri dan anak gadis masing-masing. Ini adalah amanah Allah swt yang akan ditanya di akhirat nanti.

31 Julai 2009

Tazkirah Jumaat:

INDAHNYA SOLAT SUBUH
>“Waktu kecil-kecil dulu, kita kerap mendengar leteran ibu suruh bangun pagi dan bersolat Subuh. Kedinginan pagi mencengkam hingga ke tulang hitam, membuatkan mata berat dibuka Kalau bangun sekali pun, lama sekali duduk di birai katil. Kononnya nak buang kelat mengantuk. Menguap beberapa kali, akhirnya tertidur semula. Ibu menjerit lagi dari dapur. “Bangun cepat, Subuh dah nak habis...!”
Kini apabila diri sendiri bergelar ibu atau bapa, baru kita tahu betapa sukarnya menggerakkan anak bangun Subuh. Jeritlah sampai keluar anak tekak, anak tetap pekakkan telinga. Jangan kata anak kecil liat bangun solat Subuh, orang dewasa pun ada yang tidak boleh bangun pagi, Melainkan jika kita tahu betapa solat Subuh itu mengundang banyak pahala dalam hidup, tentu kita tidak teragak-agak meninggalkan tilam empuk untuk bersolat Subuh.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa yang bermaksud : “Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan kepada orang yang beriman.”
Daripada ayat di atas, sudah jelas lagi nyata kepada kita bahawa solat yang menjadi rukun Islam kedua itu wajib kepada umat Islam yang cukup syarat-syaratnya kecuali bagi mereka yang belum baligh, gila dan sebagainya. Keistimewaan solat ini adalah perintah secara langsung daripada Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Israk dan Mikraj, tidak seperti ibadah lain iaitu Nabi mendapat wahyu melalui Malaikat Jibril.
Solat ini ibu bagi segala ibadah dan kita seharusnya mempelajari cara solat yang betul supaya solat kita sempurna. Dengan itu, ia akan mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam Surah Al- Ankabut, ayat 45 yang bermaksud :
“Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.”
Ibu bapa memainkan peranan penting mengajar dan memastikan anak solat ketika kecil agar amalan ini diteruskan sampai bila-bila sebagai kewajipan sebagai orang Islam.
Firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 103,: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
(petikan dari majalah WIDI)

30 Julai 2009

Al-Mawardi

Tokoh Sains Politik & Ahli fiqh
Al-Mawardi dibesarkan dalam keluarga yang sememangnya cinta kepada ilmu pengetahuan. Justeru, sejak kecil beliau diajar al-Quran, hadis, fikah, Usul dan lain-lain ilmu Syariat. Di peringkat awalnya beliau mendapat bimbingan daripada Abu Qasim al-Syaimiri, seorang ulama Basrah yang terkenal ketika itu dalam bidang fiqh.Beliau juga mempelajari ilmu hadis daripada beberapa ulama terkenal seperti Hasan bin Ali al-Jayli, Muhamad bin Ma’ali al-Azdi, Muhamad bin ‘Adi al Munqari. Bahkan al- Mawardi turut mengambil ilmu kesusasteraan bahasa Arab dari Syeikh Abu Muhammad al-Baqi di samping berguru dengan Syeikh Hamid Isfarayni.
Dikatakan bahawa al-Mawardi pernah dilantik memegang jawatan kadi di beberapa buah negeri seperti Kurat, di negeri Naisaburi sehingga beliau digelar Qadi al-Qudha. Sepanjang beliau memegang jawatan sebagai kadi, beliau dapat mengetahui keadaan seharian masyarakat awam dan berinteraksi dengan mereka dengan lebih dekat lagi. Beliau juga dapat menyelami dan memutuskan perkara-perkara adat untuk disesuaikan dengan panduan syarak. Daripada jawatan kadi, beliau dinaikkan pangkat yang lebih tinggi dalam tugas pentadbiran dan pemerintahan negara.
Pengalaman beliau dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan telah memberi peluang kepadanya untuk menghasilkan karya iaitu Kitab Al-Ahkam Al-Sultaniyah. Kitab ini banyak menyentuh berkaitan dengan ekonomi Islam dalam konteks makro seperti menguruskan pendapatan dan perbelanjaan, menjaga hak awam dan hak istimewa dalam meluaskan pasaran.Beliau juga menekan kewujudan Institusi Hisbah yang diuruskan muhtasib selaku juru bicara keadilan dalam pasaran.
Selain itu kitab tersebut juga membincangkan tentang pertanian, penternakan, perdagangan dan perindustrian sebagai empat sektor utama. Beliau juga menyentuh perihal kewangan Islam mengenai prinsip al-Mudharabah dalam kertas kerja beliau yang dinamakan al-Hawi. Al-Mawardi dianggap sebagai pemikir dan tokoh politik negara yang paling menonjol semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Maka tidak hairanlah jika beliau sering dijadikan pakar rujuk kepada pembesar-pembesar negara apabila mereka menghadapi masalah. Sementelah pula, beliau juga mahir dalam ilmu tafsir, usul fi qh dan ilmu kemasyarakatan.
(petikan dari majalah i)