1. Kewajipan wanita memakai tudung / menutup aurat:
Firman Allah swt bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)
Kesimpulan:
a. Para suami wajib memerintahkan isteri dan anak-anak perempuan mereka menutup aurat, iaitu seluruh tubuhnya (kecuali muka dan tapak tangan) apabila keluar rumah.
b. Menutup aurat membezakan pakaian wanita beriman dengan wanita yang tidak beriman atau bukan Islam.
c. Menutup aurat akan mengelak wanita daripada diganggu oleh lelaki yang mudah tergoda dengan wanita seksi.
2. Balasan wanita tidak memakai tudung:
Sabda Rasulullah saw maksudnya:
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Balasan wanita yang memakai pakaian seksi atau menjolok mata:
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
"Barang siapa memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah swt akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti (HR. Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah)Kepada kaum bapa, perhatikanlah pakaian isteri dan anak gadis masing-masing. Ini adalah amanah Allah swt yang akan ditanya di akhirat nanti.